24.9.07

Selamat berpuasa semua!

Selamat berpuasa rakan2 semua. Semoga mendapat syafaat di bulan yang mulia ini.

Lama tak update blog. Masa begitu sesak sebelum ni. Sibuk dengan hal2 kerja. Kelas malam pon terabai. Jamal datang dari jauh pun aku tak dapat nak layan. Sedih...



Kelab Kembara Serdang sudah ada blog. Terima kasih kepada encik zaidi gomen.

...sambung kerja

20.8.07

mari menonton kambing pembunuh!


Kambing memang minatang yang misteri...

6.8.07

Angau ke senggal?




Check gaji tak clear lagi... aku kering. Aku ingat member aku salah masukkan check tu. Seminggu aku tunggu. Skali hari ni, member aku check balik no akaun yang dia masukkan check tu. Rupanya aku tertulis no akaun jamal... bukan no akaun aku!

Kiwak!

Kecah opis aku cakap aku tengah angau...


Terima kasih kepada rakan2 yang belanje makan semalam. Jus tomato itu sungguh enak.

Sesungguhnya aku rasa cam nak dok dalam longkang sekarang

6.7.07

Pilihan...

Kita sentiasa ada pilihan... Aku percaya (selalu berdebat ngan orang) bahawa kita tak boleh menyalahkan orang lain 100% atas kesilapan kita kecuali kanak2 dan orang yang ada masalah mental (Seperti penagih dadah n bapuk tak boleh salahkan mak bapak mereka untuk apa yang telah diorang buat). Kita semua diberi akal fikiran oleh tuhan, jadi gunakanlah ia sebaiknya. Janganlah buat kesilapan dalam membuat pilihan!


Baru-baru ni aku ada buat kesilapan dalam membuat pilihan. Pilihan aku telah bertukar menjadi Pilhan... hahaha. Mengong betul la aku. Mouse pad yang aku buat ni telah siap di print sebanyak 6000 unit dan semua ada silap. Ada juga note pad dan penanda buku. Kepada sesiapa yang mendapat barang2 tersebut, aku mintak maaf atas kesilapan aku tu.


Minggu depan dah start semester baru. Begitu juga Harry Potter...akan kluar di pawagam minggu depan. Buku latest dia plak 21 hb nanti. Something i'm looking forward to. Tapi ada ke masa untuk aku melayan kehendak aku tu. Dah dekat sangat dah tu, tapi camner pun aku blum lagi register subjek. Sistem out lagi. Kali ni kalau ada kantoi apa2 pendaftaran bukan salah aku la :)

Aku mesti berusaha bersungguh2 untuk mencapai pointer yang best. Aku cabar diri aku sendiri untuk mendapat 4 flat. Gambatte arip-san!



smile...

29.6.07

Pirate wannabe?

~based on a true story~


Sememangnya citer2 yang best kat wayang mesti cepat kluar VCD/DVD pirate. Walaupun gomen cuba untuk membenteras para-para pirate di Malaysia, namun ramai jugak yang mengidolakan mereka (termasuk juga orang2 gomen). Mereka bagaikan robin hood zaaman moden kot.

Semasa tengok transformers(yang sungguh kool transformationnya) semalam, ada la sorang mamat tu cuba untuk menjadi pirate. Pirate novice... merakam pakai kamera phone. Tapi yang menariknya dia gagal... Dia dipanggil kluar oleh sorang pekerja tempat wayang itu (aperntah).

Tiada tindakan tatatertib dikenakan, tetapi aku rasa pastinya dalam hatinya ada rasa malu-malu kambing... hahahahahaha. Lain kali buat jahat tu cover2 la!

to punish and enslave

28.6.07

Bertukar

Hari ni citer yang dinanti2kan mula di tayangkan kat Malaysia! Aku ingat nanti minggu depan boleh tgk ngan makhluk2 dari serdang dekat iMax... ada gantung?. Tapi hari ni aku mesti tgk gak walaupun hanya kat Mid Valley ngan bebudak opis. hahahahahah....

ekokekokek (bunyi transform)


20.6.07

Apa yang aku mahu?

Bulan june dah nak abis. Agak lengang gak aktiviti aku bulan ni, tak cam selalu... Bulan2 june sblm ni byk menyimpan memori yg best untuk aku... huhuuhh (buat bunyi bandar koboi yg sunyi).

Apa yang aku nak buat time sibuk dulu aku rasa tak pun aku buat walaupun tgh takder busan.
Aku pun konpius. Ammende ntah aku ni.

Maybe aku masih kurang planning hidup aku. Tak macam mamat yg kerje kat syarikat insurans tu...

jangan tunggu lama²

11.6.07

Mari jadi pesawah kota.

Banjir kilat melanda lagi. Ramai jugak menyatakan terowong smart tak berjaya dan membuang duit. Duhh... aku rasa bagus jek trowong smart tu, just sistem pengalihan air dia blum beroperasi. Sama sepereti orang yang membuang sampah merata2, mengabihkan beras jek.

Walaupun tidak byk kawasan terlibat, tapi kejadian banjir kilat yg berlaku mmg semak. Jalan dan kaki lima penuh lumpur, carpet kat opis pon berjangkit gak.

Kan best kalau air yang naik tu bersih cam air sungai yg tak tercemar. Boleh gak aku amik lesen scuba kat depan opis jek (kalau ada duit la).

Malas aku nak membebel byk2...

"It isn't pollution that is hurting the environment, it's the impurities in our air and water that are doing it."
Dan Quayle, former U.S. Vice-President
...orang begini mmg menghabihkan beras gak.

8.6.07

mari menggodeh blog

dalam smasa seminggu ni aku banyak menggodeh blog aje. tapi bukan aku nyer la, untuk opis... pening gak otak aku nengok2 skrip pelik2. nanti boleh la aku jadik mechanical engineer + web designer + grafik designer. cube le tgk pastu bagi komen (membina) ek pasal blog nih. mana la tau ada idea yg best.

p/s-shout box itu hanya akan meng e-mel admin... jadi tak perlu la spam ek....

sila beri tunjuk ajar

5.6.07

Today is World Environment Day


hargailah alam sekitar... please, jangan cemarkan bumi ciptaan tuhan.

baru2 ni area tmpt kerje aku ni banjir lagi. aku tak salahkan sami vellu, tapi aku salahkan rakyat jelata yang suka membuang sampah merata-rata tempat. aku cukup benci... rasa macam nek kutip sampah tu pastu baling kat muka orang yang buang sampah tu. IN YOUR FACE!!

jangan mengadu kalau tempat tinggal anda dilanda banjir. tapi pikir la sebab apa banjir. sebab korang yang suka buang sampah merata2, ataupun tidak berusaha menghalang orang berbuat sedemikian.

18 Jun ni genaplah 4 tahun aku brenti isap rokok... salah satu sebab aku brenti isap adalah sebab aku tak mau buang sampah merata2... dan tak mau semua orang sekitar aku, especially orang yang tersayang merana sebab aku.

be considerate to the future generation. dont destroy their world.

a dream of utopia

29.5.07

Pencarian logo KKS




Kelab Kembara Serdang sedang mencari-cari logo rasmi...
aku masih blum ada ilham

arip dan mareep

aku pun tak tau nak cakap apa...
memang ini di suratan takdir.

mbekkk...

24.5.07

Revenge is sweet.. n sweaty

AC Milan 2 - 1 Liverfool

3 team dari England masuk semifinal, tapi juara tetap team dari Italy. Muhahahahha.

Kepada yang kalah bet tu cepat-cepat la bayar yek!

"oi.... liverpool kalah!....u'll never walk alone..... yeahhh.... thats right..... u will always walk with the loser..... hahahahaha" kata inchik nizam

Kepada yang selalu team dengan Qadier masa main bola ujung minggu, sila berlatih dengan lebih gigih. Kerana teammate anda yang tersebut cacat dan selalu kalah.

18.5.07

Mandi Sungai?

janganlah mandi dalam keadaan begini, nanti kene buat upacara buang badi.
On reaching here in September 2003 Zulkarnain was informed he was posted to SMK Terusan Sugut in Beluran, a location so remote he had to consult a map — and tucked in the northeastern part of Sabah.

That same morning he endured a five-hour drive to reach the town, 300km from here and two more hours by boat, braving the choppy Sungai Labuk and Sungai Sugut rivermouths which front the Sulu Sea.

"It was 7.30pm when I arrived at the village. It was dark as there was no electricity here and it was the dry season, so I had to bathe in the river," said Zulkarnain, 28, who teaches mathematics.

The rivermouth island depends on rainwater for clean water supply and electricity is supplied through a diesel-powered generator, with supplies on every alternate day.

NST Online » Local News


apalah nasib awek aku nanti...

17.5.07

gambar KKS ke taman negara pahang

gambar KKS ke taman negara pahang telah di upload ke photobucket.
namun tak bayak yg di upload kerana ia lembap.


best woo...

Singkong Dan Keju - Arie Wibowo

Kau bilang cinta padaku
Kalau ku bilang pikir dulu
Selera kita
Terlalu jauh berbeda

( 2 )
Parfum mu dari Paris
Sepatu mu dari Italy
Kau bilang demi gengsi
Semua serba luar negeri

Manakah mungkin mengikuti caramu
Yang penuh hura-hura

( korus )
Aku suka jaipong kau suka disko
Oh oh oh oh
Aku suka singkong kau suka keju
Oh oh oh oh
Aku dambakan seorang gadis yang sederhana
Aku ini hanya anak singkong
Aku hanya anak singkong

( ulang dari 2 )




Singkong, yang juga dikenal sebagai ketela pohon atau ubi kayu, dalam bahasa Inggris bernama cassava, adalah pohon dari keluarga Euphorbiaceae dan merupakan tanaman tahunan di negara tropis dan subtropis sebagai makanan pokok penghasil karbohidrat

Dari Wikipedia Indonesia, ensiklopedia bebas berbahasa Indonesia.



dedicated to KKS
...haram

16.5.07

jiwaku pilu

Baru balik dari taman negara ahad lepas. (gambar² akan di upload kemudian hari). Very the beautiful. Nasib baik aku bawak kamera aku, kalau tak mesti aku menyesal. Walaupun beban yang aku bawa berganda dari rakan² yang lain (nizam, qadier, zaidi, wan, wafi, syed) ketika bertrekking. Indah betul ciptaan tuhan. Sedih kerana terpaksa meninggalkan tempat yang sebegitu indah.

Aku akan kembali satu hari nanti...

Jamal dah balik kampung. Jadi cikgu kat terusan sugut. Katanya kene naik bot 4 jam utk ke tempat tu. Dengar kata juga tiada talian tepon disana, begitu juga internet. Aku melangkah ke alam PJJ lagi (perchentaan jarak jauh). Terpaksa la aku pulang ke selera asal aku(sambil kenyit mat kat nizam). Sedih lagi...

Dia akan kembali satu hari nanti...

Aku jugak sedih sebab ramai orang kita tertipu dengan rancangan realiti tv. terutama sekali rancangan realiti tv astro kegemaran ramai masa kini. Aku amat kesal kerana orang² tertentu sanggup memperbodohkan rakyat negara sendiri untuk mengaut keuntungan. Sangat sedih...

Kesedaran akan kembali satu hari nanti...


hidup kena kental

9.5.07

KKS: Taman Negara

Kelab Kembara Serdang: Esok bertolak ke taman negara!

  • Peserta: 7 ekor orang
  • Tempoh: 3 hari 2 malam (11-13 Mei 2007)
  • Kenderaan: Keretapi, Jalan kaki, Bot & Rakit?
  • Modal: ntah ler.
Akhirnya, satu lagi destinasi wajib untuk rakyat malaysia akan ku lawati. Pedulikkan kalau orang kata diorang dah abis pusing eropah... aku rakyat malaysia. Kalau boleh aku nak pusing abis satu malaysia dulu baru aku aku nak pusing negara orang (insya'allah). Kalau ada rezeki nanti la kot..

Jamal dah dapat kerje jadi cikgu. Adus, sumandak sorang ni. Cikgu kawasan pedalaman sabah... sandakan. Jauh betul. 16hb ni daftar. Nak dating pun tak sempat kalau macam nih. Kalau macam ni, mesti aku akan naik kinabalu selalu.

Kerje pun dah takder semangat. hahaha! M@mpus...




kental

3.5.07

milan,spider & cacing

akhirnya aku berjaya buang worm yang mengganggu ym aku sejak jumaat lepas. (itu laa, lain kali pakai la anti-virus.) lega hati aku dapat bunuh menatang tu, milan memusnahkan harapan manchester dalam liga "juara-juara".seperti juga seperti spiderman hitam puas hati bunuh sandman. ooo... aku dah tgk spiderman, opening day lagi tu. hahahha...

hepi,hepi,hepi...

Viva a.c. milan!



a.c. milan 3-0 manchester united f.c.

(©Getty Images)

Milan won big,
Qadier lost big time,
hahaha....

stayed-up,slept,woke-up... very late

20.4.07

where am i?


Time flies so fast...
So many things change.
But I'm still wondering where to go,
and where am I now.

Jamal is so far away right now.

Need to strive to survive!



...gambatte!

18.4.07

Rambutku sudah pendek...






Final exam dah dekat... rambutku terpaksa dikorbankan.






...sigh~

11.4.07

I had a dream


had a dream,
But then i woke up,

I had an ambition,
But it was to ambitious.

I had what i wanted,
But i took it for granted...


... now i'm lost

4.4.07

My Intellectual Type Is:


You've got a very experiential way of learning and a strong mathematical mind. You're able to whittle even the most complex situation down to comprehensible component parts. In short, you have mastered the art and science of precision. That's what makes you a Precision Processor.

For you, life is a series of equations. Your brain is naturally predisposed to intense mathematical acuity, and your understanding of numerical problems is unparalleled. It's second nature for you to cut to the heart of an issue, so that you can discover quick solutions to problems while others get bogged down in unnecessary details. One Precision Processor that comes to mind is the Greek philosopher-mathematician, Pythagoras. Pythagoras had a mind for numbers and, as such, could come up with previously unknown theories like his method for calculating the sides of a right triangle (a2+b2=c2). You too, can use numbers to translate aspects of the world around you — something that doesn't come easily to everyone. Your quick mathematical mind will allow you to communicate a variety of ideas to other people, so don't keep it to yourself.

Precision Processors can apply their mathematical skills to any situation involving numbers. That's a talent that will come in handy for everything from the workplace to splitting a bill 12 ways to converting foreign currency in your head. Others often look to you to do the math and luckily, you're well equipped.



test taken at tickle


....I 'm tired

5.3.07

21.2.07

something stupid

aku malas nak citer... tengok je blog dgtalwar @ nizam

kool macam kentang :P

16.2.07

hari kekasih?


semoga anda semua berbahagia bersama kekasih anda...
sekian, terima kasih.

2.2.07

My life in Jan recap...

1 Januari
-Kelab kembara serdang menjelajah ke pantai bagan lalang
-Menjumpai markas kecil ayah pin





6 Januari
-my friends and me pergi butter and friends @ zouk
-Meen excited tangkap gambar ngan emmet
-I feel young again!




13 Januari
-Butter and friends... Butter worth pushfull showcase
-dapat drumstick butter





14 Januari
-Bowling tournament warisan global
-Aku main teruk pasal tangan injured masa gi showcase butter (alasan)




27 Januari
-Pergi Putrajaya dgn jamal tengok flora fest
-1st time pergi mende camni





31 Januari
-Makan2 @ warisan
-say goodbye to a few staff






...hidup giler packed sejak jadi part-time student ni. kesian jamal.

22.1.07

bulan satu yang padat

Bulan januari dah sekarang. Sibuk betul aku bulan ni. Terikat ngan kerje, kelas, kengkawan, kekasih... Aku teringin untuk bercuti. Pangkor? er... mungkin aku tak dapat pergi. Jamal ada PTD test hari sabtu tu. Maybe aku kene rancang something else untuk kami berdua.

Anyway, kesibukan bulan ini menyebabkan aku tak dapat nak update blog mahupun menge-snap gambar untuk persetankan. Maybe later this month... maybe. insya'allah....


gambatte!

5.1.07

new|baru


anak buah yang baru 2 bulan



30/12 potongan rambut baru




31/12 baru berusia 3 tahun

persetankan: beza





visit persetankan for more!

for fame or shame?!

27 december 06. i went to 8tv for an interview about bloggers. untuk segmen quickie yang memalam tu. gelabah lak aku. kalau nak tau camner kesudahanencik jiwasintetik tonton lah 8tv quickie, sabtu, 6 Januari 11.30 malam.
giler ah dingdong

2.1.07

si internet dan kura-kura

huhuhu... internet selalu bengong. nak updat blog, tapi tak dapat nak upload gambar, jadi tak best. erm, harap-harap esok aku boleh upload gambar n update blog aku ni. apasal la time banyak masa lapang ni lah interne mengura-ngurakan diri. ish...