19.5.06

WGSBpegiPD

Rabu lepas (17/5) satu kompeni WGSB pegi PD! well... bukan la 100% orang pegi. ada yang tgh bt kerje luar tak dapat nak ikut la. kitorang stay kat regency hotel, tanjung tuan. gerek gak tempat dia. budak laki stay kay kat apartment ja tapi budak pompuan stay penthouse! jeles tul... nak jugak! camner pun memang patut la kot diorang stay penthouse pasal memang kompeni aku kerje penuh ngan pompuan jer.

Giler packed gak aktiviti kitorang kat sana. Sampai2 jer dah ada perjumpaan ngan dato' ahmad. petang tu ada games... siap buat tugu pasir lagi. dato' ahmad pon join kitorang main bola sepak pantai. itu malam ada bbq dinner. banyak giler makanan sampai tak termakan aku. best gila! makan sampai nak terkluar isi-isi perut aku. Itu malam dating ngan awek tersayang. hehehe... dating kat pantai tgh malam beb, baru romantis. :P

Champions league?! hehehe, barca menang... dah memang di jangka lepas diorang kalahkan milan. kira ok laa milan kalah ngan barca.

kahmis pagi bangun lambat, terima kasih kepada liga juara2. ramai kaum adam yang tak pergi senaman pagi. aku pergi tapi lambat la. kira ok la tu. lepas sarapan ada kelas pertahankan diri. kitorang blajar skit2 pasal judo beb! gerek seh! boleh campak2 orang nih... terasa macam dalam dunia katun lak. abis main campak orang kitorang refill tenaga dengan santapan tengahhari.

Lepas kemas barang n check out dari hotel kitorang ada kelas grooming. ini memang tak bole blah. part blajar cuci muka tu ok la, tapi time start pakai foundation?! tak patut, tak patut. tapi layan jer. saja buat gemapak. bila lagi nak buat mende camni. Part pakai mekap budak laki semua dah kluar. buang masa sambil tunggu budak pompuan abis blajar pakai mekap.

Kitorang gerak balik dari pd jam 6 petang...