29.6.07

Pirate wannabe?

~based on a true story~


Sememangnya citer2 yang best kat wayang mesti cepat kluar VCD/DVD pirate. Walaupun gomen cuba untuk membenteras para-para pirate di Malaysia, namun ramai jugak yang mengidolakan mereka (termasuk juga orang2 gomen). Mereka bagaikan robin hood zaaman moden kot.

Semasa tengok transformers(yang sungguh kool transformationnya) semalam, ada la sorang mamat tu cuba untuk menjadi pirate. Pirate novice... merakam pakai kamera phone. Tapi yang menariknya dia gagal... Dia dipanggil kluar oleh sorang pekerja tempat wayang itu (aperntah).

Tiada tindakan tatatertib dikenakan, tetapi aku rasa pastinya dalam hatinya ada rasa malu-malu kambing... hahahahahaha. Lain kali buat jahat tu cover2 la!

to punish and enslave

28.6.07

Bertukar

Hari ni citer yang dinanti2kan mula di tayangkan kat Malaysia! Aku ingat nanti minggu depan boleh tgk ngan makhluk2 dari serdang dekat iMax... ada gantung?. Tapi hari ni aku mesti tgk gak walaupun hanya kat Mid Valley ngan bebudak opis. hahahahahah....

ekokekokek (bunyi transform)


20.6.07

Apa yang aku mahu?

Bulan june dah nak abis. Agak lengang gak aktiviti aku bulan ni, tak cam selalu... Bulan2 june sblm ni byk menyimpan memori yg best untuk aku... huhuuhh (buat bunyi bandar koboi yg sunyi).

Apa yang aku nak buat time sibuk dulu aku rasa tak pun aku buat walaupun tgh takder busan.
Aku pun konpius. Ammende ntah aku ni.

Maybe aku masih kurang planning hidup aku. Tak macam mamat yg kerje kat syarikat insurans tu...

jangan tunggu lama²

11.6.07

Mari jadi pesawah kota.

Banjir kilat melanda lagi. Ramai jugak menyatakan terowong smart tak berjaya dan membuang duit. Duhh... aku rasa bagus jek trowong smart tu, just sistem pengalihan air dia blum beroperasi. Sama sepereti orang yang membuang sampah merata2, mengabihkan beras jek.

Walaupun tidak byk kawasan terlibat, tapi kejadian banjir kilat yg berlaku mmg semak. Jalan dan kaki lima penuh lumpur, carpet kat opis pon berjangkit gak.

Kan best kalau air yang naik tu bersih cam air sungai yg tak tercemar. Boleh gak aku amik lesen scuba kat depan opis jek (kalau ada duit la).

Malas aku nak membebel byk2...

"It isn't pollution that is hurting the environment, it's the impurities in our air and water that are doing it."
Dan Quayle, former U.S. Vice-President
...orang begini mmg menghabihkan beras gak.

8.6.07

mari menggodeh blog

dalam smasa seminggu ni aku banyak menggodeh blog aje. tapi bukan aku nyer la, untuk opis... pening gak otak aku nengok2 skrip pelik2. nanti boleh la aku jadik mechanical engineer + web designer + grafik designer. cube le tgk pastu bagi komen (membina) ek pasal blog nih. mana la tau ada idea yg best.

p/s-shout box itu hanya akan meng e-mel admin... jadi tak perlu la spam ek....

sila beri tunjuk ajar

5.6.07

Today is World Environment Day


hargailah alam sekitar... please, jangan cemarkan bumi ciptaan tuhan.

baru2 ni area tmpt kerje aku ni banjir lagi. aku tak salahkan sami vellu, tapi aku salahkan rakyat jelata yang suka membuang sampah merata-rata tempat. aku cukup benci... rasa macam nek kutip sampah tu pastu baling kat muka orang yang buang sampah tu. IN YOUR FACE!!

jangan mengadu kalau tempat tinggal anda dilanda banjir. tapi pikir la sebab apa banjir. sebab korang yang suka buang sampah merata2, ataupun tidak berusaha menghalang orang berbuat sedemikian.

18 Jun ni genaplah 4 tahun aku brenti isap rokok... salah satu sebab aku brenti isap adalah sebab aku tak mau buang sampah merata2... dan tak mau semua orang sekitar aku, especially orang yang tersayang merana sebab aku.

be considerate to the future generation. dont destroy their world.

a dream of utopia