6.7.07

Pilihan...

Kita sentiasa ada pilihan... Aku percaya (selalu berdebat ngan orang) bahawa kita tak boleh menyalahkan orang lain 100% atas kesilapan kita kecuali kanak2 dan orang yang ada masalah mental (Seperti penagih dadah n bapuk tak boleh salahkan mak bapak mereka untuk apa yang telah diorang buat). Kita semua diberi akal fikiran oleh tuhan, jadi gunakanlah ia sebaiknya. Janganlah buat kesilapan dalam membuat pilihan!


Baru-baru ni aku ada buat kesilapan dalam membuat pilihan. Pilihan aku telah bertukar menjadi Pilhan... hahaha. Mengong betul la aku. Mouse pad yang aku buat ni telah siap di print sebanyak 6000 unit dan semua ada silap. Ada juga note pad dan penanda buku. Kepada sesiapa yang mendapat barang2 tersebut, aku mintak maaf atas kesilapan aku tu.


Minggu depan dah start semester baru. Begitu juga Harry Potter...akan kluar di pawagam minggu depan. Buku latest dia plak 21 hb nanti. Something i'm looking forward to. Tapi ada ke masa untuk aku melayan kehendak aku tu. Dah dekat sangat dah tu, tapi camner pun aku blum lagi register subjek. Sistem out lagi. Kali ni kalau ada kantoi apa2 pendaftaran bukan salah aku la :)

Aku mesti berusaha bersungguh2 untuk mencapai pointer yang best. Aku cabar diri aku sendiri untuk mendapat 4 flat. Gambatte arip-san!



smile...