10.12.10

Hijrah

Selamat Tahun Baru 1430 Hijriyyah
Semoga tahun ini dilimpahi barakah

First attempt photoshop digital character painting
Satu Muharram detik permulaan
perkiraan tahun islam hijrah
perpindahan nabi dan umat islam
dari kota mekah ke kota madinah

atas keyakinan dan iman yang teguh
kaum muhajirin dan ansar bersatu
rela berkorban, harta dan nyawa
demi menegakkan islam tercinta

hijrah itu pengorbanan
hijrah itu perjuangan
hijrah itu persaudaraan
hijrah membentuk perpaduan

oleh itu
mari semua kita sambut ma'al hijrah
tingkatkan semangat
tegakkan syiar islam
untuk sepanjang zaman

Perubahan yang dirancang tahun ni:
  • Bertukar dari hijau ke kuning (setelah sedekad bersama)
  • Masuk rumah baru
  • Upgrade dari roda 2 ke roda 4
  • Habiskan degree
  • Upgrade skill design
  • Habiskan target jelajah Malaysia (last tempat yang aku teringin pergi)
  • Bersukan secara konsisten! (untuk membuang pouch bag)
Semoga tahun ini akan lebih baik dari tahun yang lepas.

30.11.10

Misi Bukit Tabur

Lokasi: Bukit Tabur
Naik: Sejam Setengah (Aku ngan jamal amik masa 2 jam + sesi bergambar)
Turun:  Sejam Setengah (main ngelat)
Pemandangan Klang Gate dalam perjalanan ke puncak

View:  3.5 bintang
Difficulty: 3.5 bintang
Danger: 4 bintang



Mulanya perjalanan ni disebabkan Jamal teringin nak panjat2 bukit. Nak naik Broga, tak adventure. Jamal pun search la apa2 bukit yg belum kami test power.


 Di permulaan pendakian sampai puncak yang pertama dan kedua, semuanya senang. Cuma aku yang bawak pouch bag besar ni rasa termenggah masa start naik. Tapi lepas badan dah panas ok je la.


Sepanjang perjalanan naik, ada view-view empangan klang gate ngan bandar kl yang menarik. Kalau nak lagi best, start naik pukul 6.30, supaya boleh tgk sunrise yang cantik. Hampir tiada sampah sarap sepanjang perjalanan.

Antara steep climb yang ada

Start nak naik puncak ke tiga dan seterusnya, jurangnya merbahaya. Kalau kaki pendek lagi susah. Jangan over confident. Ada tali yang disediakan untuk turun dan naik di tempat yang merbahaya, Ada jugak tempat yang kene ikut ledge kecil yang di sebelahnya gaung. Jadi kalau hujan, jangan la redah.
Jalan di puncak
Setelah tiba di puncak tertinggi, kalau tak silap puncak ke lima, tidak banyak view point sebab banyak pokok renek di sekeliling. Dekat atas sekali cuma byk lumut dan pokok renek yang seperti rumah hobbit. Kalau nak tangkap gambar view, tangkap la sepanjang perjalanan.

Setelah selesai berehat di puncak, kami ambil keputusan untuk ikut jalan senang untuk keluar. Hari pun dah panas dan badan dah penat. Agak berbahaya kalau ikut jalan yang sama.

Mengikut kata pakcik aku yang duduk area Bukit Mas, setiap tahun mesti ada operasi menyelamat sebab ada orang sesat atau jatuh. Ada beberapa kes kematian, jadi berhati2lah ketika mendaki. Masa aku ngan jamal naik takder nyamuk, tapi masa turun tu ada seekor pacat menghinggap.

8.11.10

Pe Gi La Ma Ti

Oh nyamuk.. kenapa kau banyak sangat sekarang ni?
Kenapa kau suka hisap darah aku?!
Kenapaaaa!!!!!!!

mati kau nyamuk!
Aku cukup tak suka bau ubat nyamuk.
Tapi aku lagi tak suka diserbu nyamuk masa tido.
Jamal suruh pasang red coil,
Mulanya aku taknak...
Aku tau kau pernah berjasa dengan membunuh Raja Namrud dulu.
Tapi sebab kau dah naik lemak, aku terpaksa pasang jugak.
 
a.i.d.s merbahaya, aedis pula mengancam manusiaaaa....

5.11.10

post-birthday post

Sedar tak sedar dah bulan sebelas.
Dah nak masuk dua ribu sebelas
Lepaskan apa yang dah lepas
Baru kita boleh naik ke atas.

Terima kasih cinta, untuk hadiah, ucapan dan segala2nya.
Terima kasih kepada yang ada mengucapkan dan mendoakan (yang baik2).
Terima kasih arwah mama.
Terima kasih papa, walaupun pendapat dan cara kita berbeza, papa tetap ayah.
Terima kasih adik beradik ku, walaupun aku jarang ada utk mereka, mereka sentiasa ada utk aku.
Terima kasih saudara mara, guru guru, rakan rakan dan semua2 yang mengenal aku.
Kerna, semua menyumbang kepada membentuk aku seperti mana aku sekarang ini.
Terima kasih Allah.
Walau umur aku dah bertambah,
Tapi terasa lebih muda dengan rambut pendek.
Setelah satu tahun simpan rambut, kene gak potong.
Gara-gara universiti tak membenarkan rambut panjang.
Tapi aku masih tak faham apa signifikasi tak boleh berambut panjang.
Kalau rambut panjang aku jadi jahat ke? 

Umur meningkat tak bermakna apa jika tak di manfaatkan.
Aku boleh jadi sebuah syarikat pembuat kereta yg 27 tahun beroperasi tapi masih di takuk lama.
Tidak mampu bersaing dengan pembuat2 kereta yang lain.
Ataupun parti politik yang lama memerintah tidak memajukan dirinya kerna parti lawannya tidak kuat.
Betapa umur tak membawa apa2 erti jika kita tak menggunakan peluang yang diberikan sebaiknya.
Sepatutnya umur yang bertambah, membawa kepada kematangan dan kebijaksanaan.
Bukan bertambah 'manja', 'alpa' dan 'taksub' dengan 'kejayaan' lepas.

Aku tahu aku tak sempurna.
Banyak kesalahan yang pernah aku lakukan.
I believe in scar tissue, belajar dari kesilapan.
 Aku harap sesiapa yang pernah aku buat salah, maafkanlah aku yer.
 Aku cuba yang terbaik untuk tidak akan megulangi kesalahan aku tu.

Terima kasih semua!

8.9.10

Eidulfitri

Hari Raya dah dekat,
Jangan lupa bayar zakat.

Raya kali ini akan aku sambut bersama si isteri di Sungai Air Tawar, 
Kemudian ke Bentong, dan Janda Baik.
Selepas itu ke Sabah...
 Perjalanan mmg panjang dan besar kemungkinan akan memenatkan dan menyeksakan.
Terseksa dengan kesesakan lalulintas, 
Terseksa melihat orang yang tidak menghormati pengguna jalan yang lain,
Terseksa duduk dalam kereta sambil tengok orang buang sampah dari tingkap kereta dalam perjalanan.


Macamana pun, segala salah dan silap harap diampun.
Berhati-hati di jalan raya.
Ikut peraturan, dan hormat pengguna jalan raya yang lain.
Bukan korang je yang nak cepat.

6.9.10

Lalalalaaa - hatiku menyanyi


Lalalalaa ku menyanyi riang,
 Menyanyi riang di pagi hari,
Tak sabar menunggu  malam menjelang
 Boleh berjumpa dengan si isteri.

Hehehe, sekolah dah cuti,
Jamal nak kesini,

Macam2 nak dibuat,
Sempat ke tak sempat?

Strike!
Glorious Day - Weezer
Gonna make my move
Gonna make it stay
Gonna make it last
Nevermind the past
Living for today
Hey, hey
You know what you want me to say
Right, right
Fight, fight
We can start a glorious day
Gonna take my chance
Gonna rock and dance
Gonna hit the ground
With a brand new sound
Looking for romance
Hey, hey
You know what you want me to say
Right, right
Fight, fight
We can start a glorious day
Glorious children on my mind
Glorious wastings of my time
Glorious plans we make up
Forcing things in line
Hey, hey
You know what you want me to say
Right, right
Fight, fight
We can start a glorious day
Glorious children on my mind
Glorious wastings of my time
Glorious plans we make up
Forcing things in life
Gonna rock it out
Gonna scream and shout
Gonna do it right
Standing in the light
Perchin' on the clouds

Oh ya, Matahari pagi ni langsung tidak terik aku rasa.
Rasa nyaman je
Adakah...?
  
semoga kita semua mendapat keberkatan dari Nya

30.8.10

Lupakan...

Aku ada bakat,
Nak cakap apa
Bakat aku hebat
Bakat untuk 'lupa',

Aku mmg pelupa... (bukan sebab aku melayu),
Aku mmg susah nak ingat nama orang, rumus2 pengiraan kejuruteraan, nama bulan, tarikh, dan macam2 lagi.
Tapi semua benda ada pro dan kontra,
Ada orang kata aku beruntung, sebab senang lupa,
Senang untuk aku melupakan dan memafkan, senang aku buang segala ingatan yang tak ingin aku ingat.
Bunyi macam best je kan?
Tapi sebenarnya semua orang boleh melupakan dan memaafkan, betul?


*soundtrack: in case i forgot - couple

Macamanapun, sebenarnya aku nak cerita satu benda je.
Sebenarnya, hari ini aku terlupa bawak wallet gi opis untuk kesekiankalinya.
Sangat menyakitkan hati.
Sekian terima kasih...

28.8.10

Bebas

 53 tahun sudah berlalu,
Banyak perkara telah berlaku, 
Mari kita semua bersatu.
Bebaskan akal yang ter'belenggu'

Tak kira bangsa, tak kira agama, kita semua makhluk tuhan.
Tak kira jika kau dari Indonesia, Filipina, India, mahupun China.
Hapuskanlah sikap diskriminasi.
Tiada apa yang dapat dengan membenci.
Jika kau dengki dengan kejayaan orang lain, berusahalah untuk menjadi lebih baik
Tak salah kan aku mengidamkan 'utopia'?


Selamat Hari Merdeka & Hari Malaysia
Bebas - Butterfingers

Enjit enjit semut siapa sakit naik atas
arus pemodenan kian deras
pastikan kita tak lemas

Enjit enjit semut siapa sakit naik atas
jangan ketinggalan nanti kita melepas
kita semua perlu tekad

Sampai bila dibelenggu
hidup tanpa ragu-ragu
tanah tumpahnya darahku

Enjit enjit semut siapa sakit naik atas
usah buang masa itu emas
lupakanlah yang dah lepas

Sampai bila dibelenggu
hidup tanpa ragu-ragu
tanah tumpahnya darahku

Biar apa pun terjadi
saya tetap disini
menghapuskan dilema ini

Enjit enjit semut siapa sakit naik atas
arus pemodenan kian deras
pastikan kita tak lemas

Enjit-enjit.....
Kita semua perlu bebas!
 
Sedikit tazkirah:
Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.

Al Hujuraat :13

27.8.10

Berat

Mata dah berat,
Terasa berat tulang,
Kena naikkan semangat,
Kalau tak berat menjulang.
Aku tgk cucu cleaner bangunan tempat aku kerja rajin, teringat zaman aku kecik. Masa kecik2 dulu aku rasa aku agak rajin gak la. Tapi rajin2 terpaksa kot. hehe...


cucu cleaner

Mungkin hari ni aura berat tulang agak menebal sebab hari ni aku tau kawan2 yang kerje dalam Selangor Darul Ehsan sedang bercuti. Oh, memang sangat tak seronok kalau orang Selangor cuti tapi yang di KL tidak. Yang paling tak best adalah sebab aku kerje berhampiran jalan TAR. Pasti nak balik nanti,  jalan raya akan sesak yang amat, dengan orang KL nak balik, malam hujung minggu, dan ramai orang Selangor yang bershoping di area ni.

Sabar je laaaa...

22.8.10

Karat

Blog dah sangat berkarat... 
Tangan pun dah sangat berkarat.
Malam tadi aku buang karat kat tangan.
Sekarang, blog aku punya giliran
Semalam berbuka puasa ngan geng persetankan.
Venue, red wok, bangi.
Macam dah berkurun tak lepak ramai2 camtu.
*soundtrack: i miss u - incubus
Lama betul aku tak melukis dengan tekun. 
Makan satu malam gak nak melukis ni.
Start lukis dalam 1am, siap pun  pagi tadi.
Sekarang mata aku plak dah berkarat...

Layan lagu jiwang karat...

21.5.10

SevenCollar T-Shirt


The Foreigner....

.. ..

The last time that I spoke to her

She wouldn’t let her guard down,

I’ll be yours if you stay mine

It’s the last thing that I wanted

To break your heart to make you cry

I’ll be in the shadows shedding light

.. ..

I am now a stranger, a foreigner

I am now a stranger, a freedom fighter in a war of words

There’s nothing new with everyone, there’s nothing new for us

So dry your tears…

.. ..

The last time that I spoke to her

She would just let a tired sigh

“I’m just trying to make things right”

Just forget what you’ve ever heard

I know your lies I’ve seen your worst

So here I am pretending I’m alive

.. ..

I am now a stranger, a foreigner

I am now a stranger, a freedom fighter in a war of words

There’s nothing new with everyone, there’s nothing new for us

So dry your tears…

.. ..

There’s nothing new with everyone, there’s nothing new for us

There’s nothing you could ever have done to make me feel any worse

There’s nothing new with everyone, there’s nothing new for us

So dry your tears…

.. ..

The last time that I spoke to her

We made it clear that nothing’s ever after

Nothing

.. ..


Blog dah berkarat...

Nak menulis tak larat...

Apa bole buat...

Isi buat cukup syarat...


Malam ni nak pergi the battle protocol!

12.1.10

School Holidays 2009 -week1







Started the school holidays by picking my wife at lcct.
Rented a car for a month, just for these school holidays.
Just a kelisa, but it surely was worth it.
It cost me about RM 30 / day only
Had a great school holiday :)







The first weekend we celebrated Aidil Adha at my kampung.
Its the first time for Jamal to visit both my kampung...
We first went to my grandma's place in Sg Air Tawar,
Went to the 'beach' in BNO.



Then head up to Bentong to see my other grandma..
We visited my mom's grave too.


Later that day, we set up to Chamang Waterfall.
We set up camp and later found out that we were the only ones camping out there that day.
Kinda scary... huhuh

We had a blast!








8.1.10

School Holidays are over

Really need to update my blog.. haha...
Had a really packed school holiday.
Will update more about that soon.
p/s: Nearly recovered from what the doctor diagnosed me as acute bronchitis.
What a way to start a new year. huhuhu