26.12.06

not so long weekend

Sabtu 23 Disember


Taklimat dan pendaftaran subjek untuk pelajar PLK kat UiTM jam 9.00 pagi. Gerak dari rumah agak lewat. Tengok minyak cam cukup² jer nak sampai sana. Teragak-agak sama ada
nak isi ke tak kat area rumah. Lastly decided to refuel in Shah Alam.

Jam kat tangan menunjukkan jam 8.50 pagi, dan meter minyak dah di bawah tahap 'E'. Aku berenti di stesen petronas, jalan ke kaunter, seluk poket aku dan... aku tertinggal wallet!

Nasib baik korek² beg dapat seringgit lima kupang. Aku isi minyak pakai duit tu. Bangla tu gelakkan aku. Tertekan... aku gerak ke arah fakulti pada halaju 70km sejam untuk save minyak.


Went home slow and steady that noon. Hati cuak, takut kene menyorong sampai umah. Alhamdulillah sampai umah gak berbekalkan minyak seringgit lima kupang

Ahad 24 Disember

Dating sakan sehari suntuk! Balik umah reput :P

Isnin 25 Disember

I wish u a Merry Christmas,
I wish u a Merry Christmas,
I wish u a Merry Christmas,
and a Happy New Year!

Do U Dare




Lega betul lepas abis Karnival Kerjaya Nasional hari tu. Selesai tugas² last minit untuk Maxis Content Challenge aku.Camner pun aku tertekan bila cuti hari Jumaat aku kene tarik balik... Baru nak enjoy a long weekend. Takper, minggu nia aku nak cuti panjang²


18.12.06

blog censorship?

Ilustrasi dari .net magazine mengenai isu peng'censor'an blog di Malaysia.

weakening weekend

Saturday,

penat betul ... tidor braper jam je dalam masa beberapa hari ni. kerje last minit sentiasa membelenggu. penat...takde ilham... lapar... tertido-tido atas motor.

singgah santai kat rantai art. layan! gerek seh!

gerak solo, tapi jumpa bali, min, nizam n farah kat sana. teruja aku. the photography+lomo memang memikat kalbu. tak sempat tgk performance... err.. satu je la. tak kenal. tapi mmg best tempat tu, walaupun panas. tapi paling teruja aku di berikan air mineral sejuk percuma tatkala keringat tak putus-putus mengalir. damn great. felt so welcomed. looking forward till the next one.

yang lain semua membeli. aku tak shopping pasal tgh pokai tapi dapat freebies (utk pengetahuan jasmin, aku mintak sebenarnya). cool! hahah...

balik umah terus reput.


Sunday,

rasa teruk sangat pasal tak dapat gi snap gambar wedding kawan. kerje masih menimbun. tension giler. abis jamal terkene tempias aura tension (sori ye sayang!) heheheh...

kerje berjaya di setelkan larut malam... ngantuk betul

8.12.06

happy november continues

22 november jamal balik sabah. not that happy la that morning. lepas antar jamal, gerak gi bandar utama gi servis kamera si jamal yang masuk air masa kat janda baik itu hari. masa balik kene serang hendap ngan ujan plak tu.

25 novemberbutterfinger showcase! 1.2 mg. memang event kemuncak yg paling di tunggu-tunggu bulan november ni. hahaha.... i feel young again bersama nizam,wan, jasmin, bali dan juga kadir. moshing like monkeys! giler seronok siot. dapat slam 2 kali, tapi takde gambar.

... maka berakhirlah bulan november yang indah
(koleksi snap-mengesnap ada di photobucket)

6.12.06

happy november

Pejam celik pejam celik, dah abis dah bulan november. best betul bulan ni... busy but best. sinopsis kehidupan aku bulan november lepas:

1 november b'day aku... started out rough, tapi it all ended with a big smile on my face. :) jamal belanja aku makan sushi! pastu aku dapat jaket baru lak tu. (hampir tiap2 hari aku pakai)thankiu so much!



4 november wedding schoolmate aku. baju warna hijau. very nice. jamal jeles betul. aku plak tension pasal sesat. tempat punya la dekat, tapi aku sibuk pusing jauh2. terus sampai lambat dan tak sempat jumpe kawan2 sekolah dulu. huh... ramai betul lak yang dah kawen budak skola aku nih.

8 november makan-makan di warisan. walaupun tgh bz, opis tetap nak buat makan-makan sempena bulan syahwal. layankan jer la... kek batik jamal memang laris (yang 2 orang anak dara tgh amik dlm gambar tu).



17 november bbq kat umah wafi. collect duit reramai pastu makan! layan beb! tapi sayang betul ramai tak datang. poza sampai lambat lalu di smackdown oleh nizam. hehehe. aku siap bawak jamal lagi. saja nak kenal-kenalkan dia ngan kengkawan serdang :P


18 november Family day warisan global sdn. bhd... kami berenjoy kat janda baik. tempat sanak saudara aku, tapi tak sempat pun nak jumpa sesaper. lepak sana makan-makan, nyanyi-nyanyi, bersuka-suki dan bermandi manda di sungai. giler kuat arus. jamal mmg asyik nak hanyut jer.


bersambung...

19.10.06

selamat hari raya


maaf zahir & batin

16.10.06

bertukar!

bertukar? heheh... aku dah bertukar jadi seorang pakcik secara rasmi jumaaat lepas... kakak aku dapat baby boy pagi tuh. fragile betul rasanya. uhuh, uhuk, dah tua dah aku...


satu masa dulu, aku rasa aku ni aktif la jugak. main basket tiap2 petang. tolong bapak aku berkebun. pergi gig sini sana... seronok. tapi sekarang tidak lagi. :P hehhe.


sekejap je masa berlalu.

27.9.06

persetankan diri anda: edisi ke 13



"edisi ke-13 : SATU"

22.9.06

from pk to dk

drift king upgrade ka mr parking king?

no komen beb... pasal aku takley buat.

camner lak upgrade ck (crash king ka climbing king)?


(upload using flock...)


Testing

Percobaan 1, 2, 3....

(menggunakan flock)

21.9.06

merdeka rally for humanity









"perjalanan dari kl ke klia
klia ke gombak
gombak ke temerloh
temerloh ke pekan
dan akhirnya pekan ke kuantan...
setelah penat lelah kerje bertungkus lumus
akhirnya aku dapat menghembus nafas lega...
puas hatiku melihat mimik riang wajah mereka yg kurang bernasib baik
sekarang masanya utk aku menggembirakan diri
dan juga gelpren aku yg terabai sekian lama..

sekian, terima kasih "



19.9.06

keriangan persetankan

10/09/06: gatehring persetankan.com






visit persetankan