30.11.10

Misi Bukit Tabur

Lokasi: Bukit Tabur
Naik: Sejam Setengah (Aku ngan jamal amik masa 2 jam + sesi bergambar)
Turun:  Sejam Setengah (main ngelat)
Pemandangan Klang Gate dalam perjalanan ke puncak

View:  3.5 bintang
Difficulty: 3.5 bintang
Danger: 4 bintang



Mulanya perjalanan ni disebabkan Jamal teringin nak panjat2 bukit. Nak naik Broga, tak adventure. Jamal pun search la apa2 bukit yg belum kami test power.


 Di permulaan pendakian sampai puncak yang pertama dan kedua, semuanya senang. Cuma aku yang bawak pouch bag besar ni rasa termenggah masa start naik. Tapi lepas badan dah panas ok je la.


Sepanjang perjalanan naik, ada view-view empangan klang gate ngan bandar kl yang menarik. Kalau nak lagi best, start naik pukul 6.30, supaya boleh tgk sunrise yang cantik. Hampir tiada sampah sarap sepanjang perjalanan.

Antara steep climb yang ada

Start nak naik puncak ke tiga dan seterusnya, jurangnya merbahaya. Kalau kaki pendek lagi susah. Jangan over confident. Ada tali yang disediakan untuk turun dan naik di tempat yang merbahaya, Ada jugak tempat yang kene ikut ledge kecil yang di sebelahnya gaung. Jadi kalau hujan, jangan la redah.
Jalan di puncak
Setelah tiba di puncak tertinggi, kalau tak silap puncak ke lima, tidak banyak view point sebab banyak pokok renek di sekeliling. Dekat atas sekali cuma byk lumut dan pokok renek yang seperti rumah hobbit. Kalau nak tangkap gambar view, tangkap la sepanjang perjalanan.

Setelah selesai berehat di puncak, kami ambil keputusan untuk ikut jalan senang untuk keluar. Hari pun dah panas dan badan dah penat. Agak berbahaya kalau ikut jalan yang sama.

Mengikut kata pakcik aku yang duduk area Bukit Mas, setiap tahun mesti ada operasi menyelamat sebab ada orang sesat atau jatuh. Ada beberapa kes kematian, jadi berhati2lah ketika mendaki. Masa aku ngan jamal naik takder nyamuk, tapi masa turun tu ada seekor pacat menghinggap.

8.11.10

Pe Gi La Ma Ti

Oh nyamuk.. kenapa kau banyak sangat sekarang ni?
Kenapa kau suka hisap darah aku?!
Kenapaaaa!!!!!!!

mati kau nyamuk!
Aku cukup tak suka bau ubat nyamuk.
Tapi aku lagi tak suka diserbu nyamuk masa tido.
Jamal suruh pasang red coil,
Mulanya aku taknak...
Aku tau kau pernah berjasa dengan membunuh Raja Namrud dulu.
Tapi sebab kau dah naik lemak, aku terpaksa pasang jugak.
 
a.i.d.s merbahaya, aedis pula mengancam manusiaaaa....

5.11.10

post-birthday post

Sedar tak sedar dah bulan sebelas.
Dah nak masuk dua ribu sebelas
Lepaskan apa yang dah lepas
Baru kita boleh naik ke atas.

Terima kasih cinta, untuk hadiah, ucapan dan segala2nya.
Terima kasih kepada yang ada mengucapkan dan mendoakan (yang baik2).
Terima kasih arwah mama.
Terima kasih papa, walaupun pendapat dan cara kita berbeza, papa tetap ayah.
Terima kasih adik beradik ku, walaupun aku jarang ada utk mereka, mereka sentiasa ada utk aku.
Terima kasih saudara mara, guru guru, rakan rakan dan semua2 yang mengenal aku.
Kerna, semua menyumbang kepada membentuk aku seperti mana aku sekarang ini.
Terima kasih Allah.
Walau umur aku dah bertambah,
Tapi terasa lebih muda dengan rambut pendek.
Setelah satu tahun simpan rambut, kene gak potong.
Gara-gara universiti tak membenarkan rambut panjang.
Tapi aku masih tak faham apa signifikasi tak boleh berambut panjang.
Kalau rambut panjang aku jadi jahat ke? 

Umur meningkat tak bermakna apa jika tak di manfaatkan.
Aku boleh jadi sebuah syarikat pembuat kereta yg 27 tahun beroperasi tapi masih di takuk lama.
Tidak mampu bersaing dengan pembuat2 kereta yang lain.
Ataupun parti politik yang lama memerintah tidak memajukan dirinya kerna parti lawannya tidak kuat.
Betapa umur tak membawa apa2 erti jika kita tak menggunakan peluang yang diberikan sebaiknya.
Sepatutnya umur yang bertambah, membawa kepada kematangan dan kebijaksanaan.
Bukan bertambah 'manja', 'alpa' dan 'taksub' dengan 'kejayaan' lepas.

Aku tahu aku tak sempurna.
Banyak kesalahan yang pernah aku lakukan.
I believe in scar tissue, belajar dari kesilapan.
 Aku harap sesiapa yang pernah aku buat salah, maafkanlah aku yer.
 Aku cuba yang terbaik untuk tidak akan megulangi kesalahan aku tu.

Terima kasih semua!