21.9.06

merdeka rally for humanity









"perjalanan dari kl ke klia
klia ke gombak
gombak ke temerloh
temerloh ke pekan
dan akhirnya pekan ke kuantan...
setelah penat lelah kerje bertungkus lumus
akhirnya aku dapat menghembus nafas lega...
puas hatiku melihat mimik riang wajah mereka yg kurang bernasib baik
sekarang masanya utk aku menggembirakan diri
dan juga gelpren aku yg terabai sekian lama..

sekian, terima kasih "



19.9.06

keriangan persetankan

10/09/06: gatehring persetankan.com






visit persetankan

28.8.06

shopping spree



"lagak nixam menunggu wan di tgh panas
cicir cap minyak ke bangg....
orang kaya
nixam lepas beli ikan baracuda
mr k beli lomo mata ikan
hellomoto
huh... tepon baru
phone geek
pulang..."

kl bah...

" hujan renyai... tapi kl tetap dilanda bah. mesti sebab orang malaysia suka buang sampah merata²!"

23.8.06

tengok cahaya bintang bersama cahaya hati





...a beautiful night

14.8.06

starlight cinema bersama rakan2






... next up "drift king vs parking king"

9.8.06

kecewa?


"Projek manager belanja makan semalam. Tengkiu... takpi aku tak dapat makan ngan puas pasal lambat bertindak. budak lain dah bedal dulu banyak2 (Termasuk la jamal :P).

Lepas makan2 aku ingat nakgi fun fair, sekali dah tutup. dengan penuh rasa kecewa kami pun pergi jalan2 tempat lain.

Malam ni parents jamal datang dari sabah...

The End"


funfair dah tutup...

8.8.06

jamku














jam kegemaran di beli di ikea masa first time gi sana...

kamera dan aku....















"Setelah lama mengidamkan sebiji kamera slr, akhirnya aku dah beli pun satu khamis lepas. nikon d50. cukup puas hati.

hajat aku memula nak beli kamera tu hari khamis pasal nak 'testing power' time ujung minggu, tapi malang sungguh aku demam.


the end"
(gambar aku ini nixam yang tangkap pakai kamera aku)

3.8.06

time to...

time to change.

5.7.06

bye bye germany!



a picture is worth a thousand words!

4.7.06

viruskah ravmon itu?

baru2 ni kat kem ada "virus" nama dia ravmon. aku panggil dia virus pasal dia menyebok dila kat komputer... tapi dia tu tak di klasifikasikan virus lagi. aku rasa pasal mula2 minatang ni start kat area korea kot. ntah la, yang penting dalam byk2 anti virus mcafee je buang installer virus tu... tapi kat registry dia tak buang abis.

virus ni akan menempek ke dalam thumbdrive pastu bila anda double click thumbdrive anda di my computer, dia akan autorun installer virus itu. jadi virus tu pun tersebar. kalau korang rightclick kat thumbdrive masa kat my computer tu ada "auto" yang bold kat option dia tuh.

cara nak buang dari komputer? senang jer...

bukak window biasa dan bukak tetingkap 'folder options' di toolbar 'tool'. kat situ bukak tab 'view' dan pilih 'show hidden files and folders' dan uncheck 'hide protected operating system files (Recommended). click 'ok' kat tetingkap folder options

tekan ctrl+alt+del untuk bukak task manager dan pergi ke tab Processes dan cari Ravmon di Image Name dan right click seterusnya End Process Tree. (kadang2 ada labih dari satu process ni.)

pergi ke 'start menu' dan buka tetingkap 'run'. dalam tetingkap run tu taip 'regedit' dan click 'ok'.

di tetingkap regedit tekan punat f3 (shortcut untuk find). search 'ravmon' dan pastikan semua checkbox di tandakan. jumpa jer string yang ada ravmon tu delete. jangan delete benda lain! tekan f3 lagi dan delete lagi. ulang langkah ni sampai kluar tetingkap yang mengatakan 'finished searching through the registry'. tutup tetingkap regestry editor.

pergi ke start menu dan seterusnya bukak searh. pilih All files and folders dan taip ravmon di tempat search. pastikan di More advanced options dan check ketiga2 pilihan teratas dan tekan search. Shift+Delete (permenantly delete) semua file ravmon yang muncul.

selesai sudah process membuang ravmon dari komputer. tapi jangan lupa check thumbdrive anda!

cara nak buang dari thumbdrive...

bukak window biasa dan bukak tetingkap 'folder options' di toolbar 'tool'. kat situ bukak tab 'view' dan pilih 'show hidden files and folders' dan uncheck 'hide protected operating system files (Recommended). click 'ok' kat tetingkap folder options

pergi ke my komputer, right click di thumbdrive anda dan pilih open. shift+delete (permenantly delete) file msvcr71.dll (kalau tak silap ini la nama dia), semua ravmon file dan autorun (untuk kepastian pasal autorun ni open with notepad dulu, kalau dia autorun ravmon delete la kalau bukan tak payah delete).

setel lah kerje membuang ravmon dari thumdrive anda.
sekian terima kasih..

3.7.06

i want to be young again!

a lost friend: insya allah
a lost friend: nx week gi mekah
a lost friend: tapi aku punye persiapan mental la plak
a lost friend: opss

a lost friend: i mean gi umrah
syntheticsoul: wahhh!!!
syntheticsoul: i really envy u
a lost friend: but reef
a lost friend: feel i got so many dosa

syntheticsoul: ?
a lost friend: so nk dtg sana mintak ampun
syntheticsoul: not as much as mine i think..
a lost friend: hahaha u dunnoo
a lost friend: a few years can change ppl a lot

syntheticsoul: yup...
syntheticsoul: so many things had changed.
a lost friend: glad u know
syntheticsoul: ....
syntheticsoul: erm
syntheticsoul: sedih lak
syntheticsoul: ...
a lost friend: tu la
syntheticsoul: i miss being an innocent kid
syntheticsoul: heheh
a lost friend: yeahhh
a lost friend: i miss it too

syntheticsoul: commiting not so many yet small sins
syntheticsoul: heh
syntheticsoul: its quite mind bogling
syntheticsoul: we get older
syntheticsoul: we get wiser
a lost friend: reef: commiting not so many yet small sins
a lost friend: and big ones kot?
a lost friend: hehehe
a lost friend: dunno la

syntheticsoul: hehehe
syntheticsoul: yelaa
syntheticsoul: but not as much as when we're grown ups
syntheticsoul: erm..
a lost friend: betul
a lost friend: older doesnt mean wiser

syntheticsoul: yup, but relevently we must somehow get wiser as we age..
a lost friend: maybe ade la seskit kot?
syntheticsoul: confused
a lost friend: maybe ada la a bit wiser
syntheticsoul: yeah i know what u mean by that.
syntheticsoul: i'm confused of whats happening all around me.
a lost friend: me tooo
syntheticsoul: i dare say that i've broken my principle that i had hold on for quite a while.
a lost friend: same here laaa
syntheticsoul: and i know that its not just me
syntheticsoul: heheh
syntheticsoul: u see..
syntheticsoul: i just dont understand...
a lost friend: i dont too la
a lost friend: maybe age
a lost friend: and also kita just problematic


... and then there was a deafening silence

pulang

setelah lama kluar bekerja ke melaka akhirnya aku pulang. demam bola tidak terasa sangat di sana kerana hangat lagi kesibukkan kerja. tapi yang penting pasukan favourite aku dah sampai semi-final! aku tau wan pun suka pasal prancis menang lawan fav brazil. Qadier pulak? heheheh... apa boleh buat. dua-dua favourite dia dah kluar dari world cup (eng & bra). nasib baik kau tak bet qadier...


penat gak nak gi kerje tapi sebab nak save cuti n ada a few things kene setel ini hari, aku terpaksa la kerje gak.

caiyo!

8.6.06

19.5.06

WGSBpegiPD

Rabu lepas (17/5) satu kompeni WGSB pegi PD! well... bukan la 100% orang pegi. ada yang tgh bt kerje luar tak dapat nak ikut la. kitorang stay kat regency hotel, tanjung tuan. gerek gak tempat dia. budak laki stay kay kat apartment ja tapi budak pompuan stay penthouse! jeles tul... nak jugak! camner pun memang patut la kot diorang stay penthouse pasal memang kompeni aku kerje penuh ngan pompuan jer.

Giler packed gak aktiviti kitorang kat sana. Sampai2 jer dah ada perjumpaan ngan dato' ahmad. petang tu ada games... siap buat tugu pasir lagi. dato' ahmad pon join kitorang main bola sepak pantai. itu malam ada bbq dinner. banyak giler makanan sampai tak termakan aku. best gila! makan sampai nak terkluar isi-isi perut aku. Itu malam dating ngan awek tersayang. hehehe... dating kat pantai tgh malam beb, baru romantis. :P

Champions league?! hehehe, barca menang... dah memang di jangka lepas diorang kalahkan milan. kira ok laa milan kalah ngan barca.

kahmis pagi bangun lambat, terima kasih kepada liga juara2. ramai kaum adam yang tak pergi senaman pagi. aku pergi tapi lambat la. kira ok la tu. lepas sarapan ada kelas pertahankan diri. kitorang blajar skit2 pasal judo beb! gerek seh! boleh campak2 orang nih... terasa macam dalam dunia katun lak. abis main campak orang kitorang refill tenaga dengan santapan tengahhari.

Lepas kemas barang n check out dari hotel kitorang ada kelas grooming. ini memang tak bole blah. part blajar cuci muka tu ok la, tapi time start pakai foundation?! tak patut, tak patut. tapi layan jer. saja buat gemapak. bila lagi nak buat mende camni. Part pakai mekap budak laki semua dah kluar. buang masa sambil tunggu budak pompuan abis blajar pakai mekap.

Kitorang gerak balik dari pd jam 6 petang...

24.4.06

isnin kembali...

hari isnin. tak terasa pon cuti hujung minggu... mungkin kerna jadual padat kot?! sabtu lepas aku berjaya gak pergi ke gig radio malaya setelah setahun tak pergi gig. puas! heheh... band2 boleh dikatakan semua best. hari ahad lak gi cherating. bukan utk enjoy tapi utk kerje. tapi sbnr nya aku gi sana sebab nak jumpa awek aku. seminggu tak jumpa... dapat la lepaskan rindu skit.

masa utk pulang sudah hampir tiba. CHOW!

21.4.06

tuakah aku?

dah lama aku tak gi gig... rasa macam dah tua. oleh yg demikian aku pon nak ajak rakan2 sekalian gi gig sabtu ni, yakni esok, 22hb april tahun 2006 kat kl pac. jom

support your local music band @ kawan2 :P

19.4.06

pagi yang tak best

pagi tadi aku ingat nak tgk game semi final champions league arsenal rupanya aku salah info. bukan arsenal yang main tapi team fav aku, milan yang main. nasib baik aku tgk walaupun nasib milan tak baik. kenapalah boleh kalah dgn barca. satu kosong kalah kat tempat sdri. byk giler peluang nak gol tapi masing2 jadi pengkau. oleh yang demikian terhasilah pagi yang tak best...

majulah sukan utk negara...

17.4.06

kehambaran

lama aku tak tulis kat blog. hambar rasanya blog aku ni. aku pon dah naik malas nak bukak... maybe coz busy kot.

minggu lepas aku baru balik dari sabah setelah berada kat sana dua minggu. two straight weeks aku kerje. penat gak. sampai demam gak ah. nasib baik la pm aku bagi aku rest satu pagi. tgh hari tu terus 90% ok condition aku.

minggu ni opis lengang... budak2 kem semua dah gi kem, kecuali aku. kena stay opis buat kerja. awek aku gi kem cherating. 2 minggu lagi baru balik. agak bosan la aku kat opis ni... takpala tu. nanti aku sambung lagi lah. malas aku nak menulis panjang-panjang.