8.7.11

Bersihkan hati, bersihkan akal

  





Susah nak percaya apa yang berlaku sekarang. Kalau tengok berita TV3, semua yg salah datang dari Pakatan Rakyat, apa yg baik, semuanya dari kerajaan BN. Perhimpunan bersih yang hendak dilakukan, dikatakan derhaka kepada agung, walhal telah pun mendapat persetujuaan dari DYMM dan PM untuk diadakan di stadium. Tapi sekarang Polis pulak menghalang? Pihak stadium pun ada 'internal event' dan renovation? Macam2 yang kerajaan cuba lakukan untuk menghalang perhimpunan Bersih.

Kau sanggup tutup macam2 jalan, tutup stesyen LRT, tutup stesyen bas dan macam2 lagi untuk menghalang perhimpunan Bersih. Tapi tak sanggup tutup satu jalan untuk beberapa jam untuk bagi Perarakan Bersih? Ironic sungguh.

Road block bersepah pada masa puncak. Ada saja alasan yang diberikan oleh ketua2 bahagian polis. Yang paling aku ketawa besar, bila ada yang mengatakan roadblock tu di buat sebagai 'normal preventive measure' untuk menghalang kegiatan pecah rumah yang sering berlaku antara 4am -12 pm. Last time dia buat 'normal preventive measure' ni kalau tak silap masa 2007. Tak ke kelakar?...

Aku tak salahkan para pegawai polis yg menurut arahan ketua mereka. Dia pun makan gaji cam kebanyakan kita juga. Kesian diorg.Dah kerja teruk, dicaci dimaki pulak lagi. Tapi yang atas2 tu ingat la sikit. Kau kata kau nak melindungi rakyat. Kenapa kau menindas rakyat pulak. Kalau diorg tak sokong kau, diorg bukan rakyat Malaysia ke?

Apa yang perlu di risaukan? Kalau perhimpunan ni di berikan kelulusan untuk diadakan dalam stadium, kau nak takut apa? Diorg nak berkumpul saja. Kalau ada yg melanggar undang2 ataupun menyebabkan kemusnahan harta benda awam, tangkap saja la. Kalau kau takut orang awam berkumpul, jangan kau buat stadium, jangan kau buat himpunan sejuta belia. Lain la kalau kau rasa mmg SPR tu tak adil dan segala perbuatan jahat kau akan terbongkar. Jadi tak payah la takut sangat.

Kau kata macam2 dekat mereka yang mahukan perhimpunan ni. Kau kata buat perarakan ni takder sivik. Bukankah masa kita mau merdeka dulu, datuk nenek kita berarak jugak?

Kau suruh diorg berhimpun secara baik dekat stadium. Bila diminta permit untuk buat dekat stadium kau tak nak bagi jugak


Kau bina jalan raya atas nama kau, stadium merdeka atas nama kau, sedangkan kau gunakan dana dari kerajaan jugak. Bukannya kau gunakan wang dari poket organisasi kau. Dana kerajaan tu duit rakyat! Patutnya setiap apa yg kau kata kau buat itu, bukan "satu lagi projek kau", tapi "satu lagi projek kerajaan untuk rakyat".


Apa yang kau nak takutkan sangat dengan pilihanraya yang Bersih?


Aku sayang Malaysia.

_______________________________________

Peludah Warna

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.


1. 7. 11. A. SAMAD SAID
_______________________________________


Aku tak suka rakyat Malaysia berpecah belah. Jangan kerana perbezaan pahaman politik kita berpecah belah. Jangan kerana kita berlainan bangsa kita tikam menikam. Tuhan jadikan kita sama sahaja, yang beza, iman. Tuhan jadikan kita pelbagai bangsa untuk kita kenal mengenal antara satu sama lain. Sebagai khalifah tuhan di muka bumi ni, kita wajib tegakkan kebenaran. Kita harus jaga negara kita.

Aku tak mau jadi negara yang mengamalkan kasta, negara yang dibanjiri rasuah dan penyelewengan kuasa. Jaga amanah yang telah diberikan. Bukan untuk kita sahaja, tapi generasi akan datang juga. Semoga hati kita bersih dari segala kemungkaran.