15.6.11

January 2011 Recap

Hahaha... Sebab 6 bulan aku tak update, aku nak recap balik kehidupan aku selama 6 bulan pertama tahun ni. Aku tulis ni pun untuk reference aku sendiri sebenarnya. Supaya lain kali aku boleh baca balik dan recall balik kehidupan aku. So aku try recall start dengan bulan Januari tahun ni. Tapi aku ni pelupa tahap tenuk (banyak makan semut).


Sebenar-benarnya, aku rasa memang tak ada apa sangat berlaku dalam bulan Januari lepas. Aku cuma ultra-busy dengan kerja2 opis. Disebabkan ke-ultra-busy-an itu la aku tak dapat menumpukan perhatian aku untuk buat Final Year Project (FYP) aku. Seriusly, aku sangat kecewa. Aku nak sangat-sangat habiskan study aku kat UiTM tu.

*flashback kejap....*
Dulu masa diploma, aku teramat sangat carefree tentang studies. Pemalas dan hanya go with the flow. Tak makan saman betul. Kawan-kawan semua cuba mengubah aku jadi lebih baik, tapi... kesian diorg. Aku cuma sedar dari kelalaian aku semasa sem terakhir aku (selepas extend 2 sem). Itu pun sebab aku kira2 pointer aku takkan lepas 2.5 melainkan aku dapat 4 flat sem tu, dan masa sem itu jugak la aku ambik 2 subjek killer + 1 subjek biasa. Dan kesudahannya, aku tak dapat 4 flat dan cuma grad dengan cgpa 2.49. hampeeh...

*tamat flashback*



Kehidupan aku dalam bulan Januari lepas memang dipenuhi dengan kerja saja. Balik lewat malam, overnight, dan kerja weekend. So tak ada la benda menarik yg aku boleh recall melainkan perasaan stress dan tension.

2 comments:

sEapUt "c@ said...

haha! tenuk yg sgt comel!

MiszJamal said...

omg! kambing kiut sudaa kembali!.. begaya betul!... camni aaa.. baru la aku excited buka blog kau.. kalau tak.. besawang jek.. huhuhu... tetiba rindu lak ngan moto merah kau tu...

apa2hal moga selesai gak pengajian demi masa depan.. chaiiyookk!