23.6.11

Lakar2

Entry malas...
Dah lama aku tak melukis.


Cubaan melukis karikatur office mate

17.6.11

Serangan Siber!

"V for Vendetta"
Semalam Malaysia digemparkan dengan "Operation Malaysia". Serangan hacker dari dalam dan luar negara terhadap website2 kerajaan Malaysia, atas alasan sebagai amaran kepada kerajaan Malaysia yang hendak menyekat website filesharing di Malaysia. Nama Anonymous, (yang mula2 warning) dan Dragon Force Malaysia (kumpulan yg banyak mengehack) terus meletup.

Banyak jugak benda yang buat aku tak puas hati baru2 ni: 
  1. Nak block site2 filesharing. Ramai yang tak puas hati kerajaan nak block website2 macam rapidshare, pirate bay dan segala. Kenapa tak block website2 porno yang bersepah tu. Dengan ada web2 filesharing la aku rasa rakyat malaysia bertambah celik IT. Kita perlukan rakyat yang power IT zaman sekarang ni, baru boleh bersaing. Takkan bayar mahal2 internet untuk berfacebook dan email je?
  2. Bazir duit untuk buat email 1Malaysia. Memang la pengguna biasa tak perlu bayar, tapi kerajaan kena bayar 50sen untuk satu email ke pengguna. Kalau 1 jabatan hantar 3 email kepada 2 juta orang setahun... Berapa juta la diorang boleh sau secara terang2. Satu lagi, selamat ke? Tak kena hack ke?
  3. Berjuta untuk page facebook. Satu page facebook abis dekat RM300,000. Kot ye pon buat game flash ala2 guitarhero, takkan 300 ribu. Pakai flash je pon. Takkan upah nak buat flash tu sampai 200 ribu?
  4. Astro nak naikkan harga. Untung giler besar, customer service ntah ape2 pun nak naikkan harga? Citer ulang2 je yang banyak pun. Kalau ada masalah punya la payah nak datang.
  5. Polis buat roadblock masa tak kena. Jalan jem, trafik tak terkawal, kereta berhenti di petak kuning, tapi banyak roadblock sana sini. Nak buat roadblock buat la, tapi at least letak la beberapa polis kawal trafik
  6. Parti pembangkang melakukan perkara yang mengarut. Kita perlukan pembangkang yang kuat, baru kerajaan menjadi lebih telus dan padu. Kalau tidak tercabar, mesti terlena.
  7. Harga minyak dan tariff eletrik? hehehe... malas nak cakap
  8. Penggunaan duit rakyat yang aku tak paham seperti:
    "Datuk Seri Nazri Aziz said that official trips overseas made by the Prime Minister as well as the Deputy Prime Minister cost RM9.807 million this year alone, an increase of almost RM4 million from 2008.According to the written reply, the total costs of overseas trips in 2008 was RM5.597 million and RM6.041 million in 2009." (sekarang ni baaaaru bulan 6)
  9. Kak Ros dan segala2 yg dia buat...
Kalau aku teruskan, memang tak tido aku malam ni... Aku bersyukur, setakat ni memang Malaysia ni cukup aman dan mewah, tapi aku percaya, we could do better! Tak banyak aku boleh buat, tapi aku berdoa agar Malaysia akan terus maju, aman makmur, adil dan saksama serta segala2 yang baik2... Insyaallah.
"People should not be afraid of their governments.
Governments should be afraid of their people."
another quote from V for Vendetta

15.6.11

January 2011 Recap

Hahaha... Sebab 6 bulan aku tak update, aku nak recap balik kehidupan aku selama 6 bulan pertama tahun ni. Aku tulis ni pun untuk reference aku sendiri sebenarnya. Supaya lain kali aku boleh baca balik dan recall balik kehidupan aku. So aku try recall start dengan bulan Januari tahun ni. Tapi aku ni pelupa tahap tenuk (banyak makan semut).


Sebenar-benarnya, aku rasa memang tak ada apa sangat berlaku dalam bulan Januari lepas. Aku cuma ultra-busy dengan kerja2 opis. Disebabkan ke-ultra-busy-an itu la aku tak dapat menumpukan perhatian aku untuk buat Final Year Project (FYP) aku. Seriusly, aku sangat kecewa. Aku nak sangat-sangat habiskan study aku kat UiTM tu.

*flashback kejap....*
Dulu masa diploma, aku teramat sangat carefree tentang studies. Pemalas dan hanya go with the flow. Tak makan saman betul. Kawan-kawan semua cuba mengubah aku jadi lebih baik, tapi... kesian diorg. Aku cuma sedar dari kelalaian aku semasa sem terakhir aku (selepas extend 2 sem). Itu pun sebab aku kira2 pointer aku takkan lepas 2.5 melainkan aku dapat 4 flat sem tu, dan masa sem itu jugak la aku ambik 2 subjek killer + 1 subjek biasa. Dan kesudahannya, aku tak dapat 4 flat dan cuma grad dengan cgpa 2.49. hampeeh...

*tamat flashback*



Kehidupan aku dalam bulan Januari lepas memang dipenuhi dengan kerja saja. Balik lewat malam, overnight, dan kerja weekend. So tak ada la benda menarik yg aku boleh recall melainkan perasaan stress dan tension.

Masa mara macam marathon

Masih teringat mural di sekolah dengan quote kat gambar :)

Wah, 6 bulan blog ku bersawang. Pantas betul masa berlalu. Tapi aku rasa tahun ni aku sangat-sangat tak produktif. Even wishlist aku yang pendek untuk tahun ni pun banyak yang tak kesampaian lagi.

My wish list update:
  • Bertukar dari hijau ke kuning (setelah sedekad bersama)
  • Masuk rumah baru (pembelian rumah hampir selesai, tapi bujet untuk repair/renovate agak kurang)
  • Upgrade dari roda 2 ke roda 4
  • Habiskan degree (Sem lepas tergendala sebab super busy. Harap sem depan aku dapat selesaikan)
  • Upgrade skill design (proses berterusan)
  • Habiskan target jelajah Malaysia (last tempat yang aku teringin pergi)(tak dapat pergi tahun ni, fully booked T_T)
  • Bersukan secara konsisten! (untuk membuang pouch bag)(memang tak berjaya setakat ni)
Gambatte Kudasai!