8.4.08

Protokol

Protokol... perkara lazim dalam kehidupan. Hampir semua perkara ada protokolnya. Aku tak senang dengan protokol.

Aku potong rambut sebab itu nak masuk exam kene rambut pendek. Walaupun aku tau aku kurang berkeyakinan kalau berambut pendek, aku potong jugak. Itulah protokolnya. Kalau tak ikut protokol kene halau dari dewan. Cukup skali je kena.

Kenapa mesti ada protokol rambut pendek?

Dengan rambut pendek ni aku pergi balik jumpa nenek aku kat kampung ujung minggu lepas. Dalam hati lega, sebab kali ni mesti dia tak tegur aku pasal rambut lagi. Tapi walaucamner pun, aku tetap kene tegur. Ada ke patut nenek aku suruh buang misai ngan janggut. Kalau aku buang memang nampak cam budak skolah sangat la pulak.

Biar aku ikut cara aku sendiri. Korang ngan cara korang. Yang penting jangan menyusahkan orang lain.

Oh ya, aku tgh ponteng lecture fluid dynamics ni, tgh penin tak cukup tido. Kalau aku masuk pon, aku kompem terlelap nyer. Biarlah... Lepas ni siapkan apa kerje ngan study yang patut dan tido byk skit. Huhuhu...

Good Luck to everyone in whatever you do!

2 comments:

jasmin said...

people need limits yaw!

Fad said...

hah btul tuh. sy setuju.