24.8.11

Salam Aidulfitri



Begitu cepat Ramadhan berlalu... Pejam celik ja dah nak masuk Syahwal.
Begitu masa mencemburui kita.

Sempena bulan Ramadahan dan Syahwal ni, aku ingin tujukan lagu / klip video ni dengan ucapan:


"Ampun dan maaf ku pinta atas segala kesilapan dan kesalahan yang telah aku dan isteriku pernah lakukan. Halalkanlah makan minum kami berdua. Andainya ada hutang yang kami belum lunaskan, bagitau la ya. Semoga kita semua dilimpahi rahmat-Nya."

19.8.11

Farewell...

Today is my last day!
Niat nak kerja tujuh hari, tujuh tahun aku kat sini. Macam2 kenangan kat sini... Aku masuk kerja sini dulu pun sebab baru lepas habis belajar, dan takder mende nak buat.
Ninu, bagitau kat aku yg surie cakap ada kerje kosong sebagai faci kat sini.
Sebelum dapat kerja sini, aku di interview oleh beberapa orang senior kat sini.
Antara yang menginterview aku tu, tak lain tak bukan, gadis comel ini.

 Aku belum pasti lagi kemana nak melangkah selepas ini. Tapi yang pasti, aku nak enjoy raya dan teman isteri aku di teusan sugut buat seketika.



28.7.11

Biri-biri, Harimau, Singa, Ulat dan...

Mari Mengaum!
Malam ni harimau akan menggigit singa!

Kan best kalau Jamal ada bersorak sama malam ni. Boleh terkinja2 bersama2.Walaupun dia kalau bersorak... kalah aku! Apa boleh buat, kehendak perkhidmatan. T_

Nasib baik dapat tiket. Itu pun adik syeb belikan. Kesian jugak tengok ramai yg tak dapat tiket. Antara yang tak dapat tiket, adik2 aku.Cepat betul tiket habis. Sebabnya? Ramai yang nak jadi ulat. Ulat tiket yang mencari keuntungan mudah. Dengarnya ada yang nak jual pada harga RM400. Yang aku nampak, ada yang jual tiket RM30 dengan harga RM100 kat mudah. Tahi betul... Nak salahkan siapa? tak boleh la nak salahkan FAM.

Kenapa ye, kali ni ramai pulak yg nak pergi stadium. Sedangkan minggu lalu masa first leg, ramai macam buat tak tau je. Masa lawan Taiwan pun macam nak tak nak je sambutan. Mungkin ramai sangat rakyat Malaysia yg tak suka Singapura kot. Tak pun saje je nak hype. heheh.... Takpelah, janji niat diorang nak sokong Malaysia.


Majulah sukan untuk negara.


18.7.11

Happy 73


10.7.11

Exiled


I’ve been wanting to prove
That time takes her time out on you
A life redefined, so if you must run
Trust have been wasted and used
I’m in the strangest of moods
Come withered ones, with you I must fight

I’ll be out of line tonight
I’ll bleed out my words, desires
Alone and outnumbered I’m all that I need in this war

To meet your eyes
To know I’m alive
Alone

8.7.11

Bersihkan hati, bersihkan akal

  





Susah nak percaya apa yang berlaku sekarang. Kalau tengok berita TV3, semua yg salah datang dari Pakatan Rakyat, apa yg baik, semuanya dari kerajaan BN. Perhimpunan bersih yang hendak dilakukan, dikatakan derhaka kepada agung, walhal telah pun mendapat persetujuaan dari DYMM dan PM untuk diadakan di stadium. Tapi sekarang Polis pulak menghalang? Pihak stadium pun ada 'internal event' dan renovation? Macam2 yang kerajaan cuba lakukan untuk menghalang perhimpunan Bersih.

Kau sanggup tutup macam2 jalan, tutup stesyen LRT, tutup stesyen bas dan macam2 lagi untuk menghalang perhimpunan Bersih. Tapi tak sanggup tutup satu jalan untuk beberapa jam untuk bagi Perarakan Bersih? Ironic sungguh.

Road block bersepah pada masa puncak. Ada saja alasan yang diberikan oleh ketua2 bahagian polis. Yang paling aku ketawa besar, bila ada yang mengatakan roadblock tu di buat sebagai 'normal preventive measure' untuk menghalang kegiatan pecah rumah yang sering berlaku antara 4am -12 pm. Last time dia buat 'normal preventive measure' ni kalau tak silap masa 2007. Tak ke kelakar?...

Aku tak salahkan para pegawai polis yg menurut arahan ketua mereka. Dia pun makan gaji cam kebanyakan kita juga. Kesian diorg.Dah kerja teruk, dicaci dimaki pulak lagi. Tapi yang atas2 tu ingat la sikit. Kau kata kau nak melindungi rakyat. Kenapa kau menindas rakyat pulak. Kalau diorg tak sokong kau, diorg bukan rakyat Malaysia ke?

Apa yang perlu di risaukan? Kalau perhimpunan ni di berikan kelulusan untuk diadakan dalam stadium, kau nak takut apa? Diorg nak berkumpul saja. Kalau ada yg melanggar undang2 ataupun menyebabkan kemusnahan harta benda awam, tangkap saja la. Kalau kau takut orang awam berkumpul, jangan kau buat stadium, jangan kau buat himpunan sejuta belia. Lain la kalau kau rasa mmg SPR tu tak adil dan segala perbuatan jahat kau akan terbongkar. Jadi tak payah la takut sangat.

Kau kata macam2 dekat mereka yang mahukan perhimpunan ni. Kau kata buat perarakan ni takder sivik. Bukankah masa kita mau merdeka dulu, datuk nenek kita berarak jugak?

Kau suruh diorg berhimpun secara baik dekat stadium. Bila diminta permit untuk buat dekat stadium kau tak nak bagi jugak


Kau bina jalan raya atas nama kau, stadium merdeka atas nama kau, sedangkan kau gunakan dana dari kerajaan jugak. Bukannya kau gunakan wang dari poket organisasi kau. Dana kerajaan tu duit rakyat! Patutnya setiap apa yg kau kata kau buat itu, bukan "satu lagi projek kau", tapi "satu lagi projek kerajaan untuk rakyat".


Apa yang kau nak takutkan sangat dengan pilihanraya yang Bersih?


Aku sayang Malaysia.

_______________________________________

Peludah Warna

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.


1. 7. 11. A. SAMAD SAID
_______________________________________


Aku tak suka rakyat Malaysia berpecah belah. Jangan kerana perbezaan pahaman politik kita berpecah belah. Jangan kerana kita berlainan bangsa kita tikam menikam. Tuhan jadikan kita sama sahaja, yang beza, iman. Tuhan jadikan kita pelbagai bangsa untuk kita kenal mengenal antara satu sama lain. Sebagai khalifah tuhan di muka bumi ni, kita wajib tegakkan kebenaran. Kita harus jaga negara kita.

Aku tak mau jadi negara yang mengamalkan kasta, negara yang dibanjiri rasuah dan penyelewengan kuasa. Jaga amanah yang telah diberikan. Bukan untuk kita sahaja, tapi generasi akan datang juga. Semoga hati kita bersih dari segala kemungkaran.

23.6.11

Lakar2

Entry malas...
Dah lama aku tak melukis.


Cubaan melukis karikatur office mate